Breaking News
Loading...
Rabu, 04 Juni 2014

Fungsi Baru Dalam iOS 8

10.48
Fungsi Baru Dalam iOS 8

Fungsi Baru Dalam iOS 8


E-Teknopedia - Apple telah melancarkan kemaskini terbaru iOS iaitu iOS 8 yang membawakan pelbagai pembaharuan padanya. Ada pembaharuan yang kecil, seperti melihat rakan yang dihubungi baru-baru ini pada laman multitasking dan melihat tab iPhone View pada Safari. Ada juga pembaharuan yang besar yang patut anda ketahui dan berikut adalah antara fungsi-fungsi baru yang menarik pada iOS 8.

Notifikasi Interaktif

Sedang anda menggunakan sesebuah aplikasi dan anda mendapat notifikasi, anda tidak perlu meninggalkan aplikasi tersebut untuk menjawab notifikasi tersebut. Anda boleh merespon terus pada notifikasi tersebut tanpa meninggalkan aplikasi.
Anda juga tidak perlu membuka kekunci telefon untuk merespon kepada notifikasi tersebut. Dengan hanya satu leretan pada notifikasi itu, anda boleh melihat opsyen untuk merespon. Anda boleh menerima atau menolak notifikasi iCalendar, membalas mesej dan sebagainya.

Spotlight

Seperti dalam Mac OS X Yosemite, fungsi Spotlight juga diadakan untuk iOS 8. Kelebihannya ialah, selain mencari kandungan pada peranti, ia boleh mencari tempat-tempat menarik, aplikasi di App Store, lagu di iTunes dan juga waktu tayangan filem di pawagam.

Messages, Mesej berkumpulan dan Mesej Padam Sendiri.

Hasil pengenalan fungsi Continuity, SMS bukan sahaja boleh dibalas menggunakan iPhone, malah boleh dibalas menggunakan peranti-peranti lain seperti iPad dan iPod Touch, selagi iPhone berada berhampiran peranti kedua itu.
Pesan berkumpulan dalam aplikasi Messeges juga telah ditambahbaik. Pengguna boleh menambahkan/membuang kenalan dalam sebuah perbualan, berkongsi lokasi dengan mereka dan berkongsi fail dengan mereka. Paling menarik ialah fungsi Do-Not-Disturb yang mematikan notifikasi untuk perbualan yang tidak diingini.
Satu lagi fungsi menarik ialah mesej suara dan video yang boleh dihantar dengan leretan mudah dan ia akan dipadamkan secara automatik mengikut masa yang ditentukan.

Siri Yang dipertingkatkan

Siri boleh diaktifkan dengan berkata “Hey Siri” pada jarak yang munasabah dari peranti iOS. Ia juga dilengkapi fungsi pengecaman lagu Shazaam dan enjin pengecaman suara juga. Ia kini boleh diperolehi dalam 22 bahasa baru.

Family Sharing

Kebanyakan ibu bapa memberikan anak mereka peranti iOS untuk kegunaan mereka sendiri, namun, biasanya in menjadi masalah kerana mereka kadang-kala membeli aplikasi tanpa diketahui mereka menyebabkan bil kad kredit melambung tinggi.
Dengan Family Sharing, pengguna bukan sahaja boleh berkongsi aplikasi yang dibeli dengan 6 ahli keluarga, malah boleh diberi notifikasi jika anak mereka cuba membeli aplikasi dari App Store. Pengguna kini boleh memantau aktiviti muat turun aplikasi anak mereka.

Aplikasi Health

Aplikasi Health boleh memantau pelbagai kriteria kesihatan anda seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan sebagainya. Maklumat ini kemudiannya boleh digunakan oleh aplikasi pihak ketiga untuk menjalankan fungsi aplikasi mereka.
Sebagai contoh, aplikasi hospital boleh memantau tekanan darah seseorang pesakit dan apabila tekanan darah melebih atau kurang dari tahap tertentu, doktor akan diberitahu dan tindakan susulan boleh diambil.

iCloud Drive

iCloud kini mempunyai opsyen storan yang baru : 5GB -percuma, 20GB – 99 cents sebulan dan 200GB – USD3.99 sebulan. Ia juga mempunyai aplikasi pengeditan foto yang lebih mudah dan sebuah sistem fail yang menyerupai Dropbox bagi memudahkan perkongsian fail antara aplikasi dan peranti.

Continuity

Fungsi ini membolehkan semua peranti Apple anda mengetahui apa yang sedang dilakukan padanya. Dengan itu, anda boleh meneruskan kerja yang sedang anda pada satu peranti pada peranti yang lain. Anda juga boleh menggunakan komputer Mac anda untuk menjawab dan membuat panggilan telefon.

Predictive Typing

Dengan fungsi ini, peranti anda akan mempelajari gaya menulis mesej anda dan memberikan cadangan perkataan yang mungkin anda akan tulis pada mesej anda. Ia juga mempelajari gaya penulisan mesej mengikut kenalan anda, jadi, cadangan perkataan mungkin berbeza dari rakan anda berbanding bos anda.

Aplikasi Mail yang lebih efisien

Dalam pembaharuan Mail ini, cara penandaan email adalah lebih efisyen. Hanya leretkan jari anda sedikit pada email tersebut dan anda akan dihidangkan dengan opsyen untuk menanda email kepada email belum dibaca, leretkan lagi untuk menandakan meletakkan bendera dan leretkan sepenuhnya untuk memadamkan email tersebut.
Penggunaan multitasking pada aplikasi Mail juga dipertingkatkan. Contohnya jika anda sedang menulis email dan ingin merujuk kepada email lain, anda hanya perlu meleretkan jari kebawah untuk meminimakan tetingkap email tersebut, membolehkan anda membaca email lain dan kemudian kembali kepada email yang sedang ditulis dengan meleret ke atas tetingkap yang telah dikecilkan tadi.

Aplikasi Rumah Pintar

API HomeKit yang diperkenalkan pada iOS 8 membolehkan peranti iOS menjadi hab untuk mengawal pelbagai peranti rumah pintar. Dengan itu pengguna tidak memerlukan pelbagai aplikasi berbeza untuk mengawal pelbagai peranti rumah pintar, sebaliknya Apple telah mewujudkan platform untuk mengawal lampu, kunci, plag, termostat, pintu dan suis dan semua ini boleh dikawal menggunakan Siri.
Bermakna, sebagai contoh, pengguna boleh memberitahu Siri “Masa untuk tidur” dan Siri akan mematikan lampu, TV dan menghidupkan penggera keselamatan. Jika sokongan HomeKIt mendapat sambutan meluas di kalangan pembangun, ia akan menjadi satu perkara besar dalam industri rumah pintar.

Metal

Metal adalah sistem grafik yang menawarkan grafik permainan video berkualiti kosol kepada peranti iOS. Demo yang ditunjukkan sangat menakjubkan dan Metal hanya tersedia untuk iOS, bermakna lebih banyak permainan video eksklusif untuk iOS tanpa dikongsi oleh platform lain.

Kesimpulan Awal

Nampaknya dengan pelancaran iOS 8, Apple dilihat ingin menguasai pelbagai platform termasuk gaming, produktiviti dan juga industri rumah pintar. Sukar melihat Android menyaingi Apple kerana tidak seperti iOS, platform Android sangat berpecah. Hanya 13% pengguna telefon Android mempunyai versi terbaru Android 4.4 Kitkat, menyukarkan Google mengimplimentasikan apa-apa pembaharuan dan fungsi baru dengan berkesan.
Walaubagaimanapun pengguna iPhone 4 dan lebih awal darinya, tidak boleh menikmati fungsi-fungsi baru ini kerana ia tidak serasi. iOS 8 akan hadir musim luruh ini dimana ia juga masa yang sama iPhone 6 dikhabarkan akan dilancarkan.

Sumber :
http://techkini.com/telefon-bimbit/ios-8-dilancarkan-fungsi-baru/

0 komentar:

Posting Komentar

 
Toggle Footer